Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan untuk melabur sebanyak RM15 bilion untuk tempoh 10 tahun bagi pembangunan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia.

Sehubungan itu, Kerajaan telah menjemput beberapa syarikat antarabangsa untuk menyertai tender bagi projek infrastruktur 5G di Malaysia.

Sebanyak 8 syarikat yang telah dijemput oleh Digital Nasional Berhad (DNB) bagi menyertai tender tersebut iaitu Nokia, HUAWEI, Samsung, ZTE, Ericsson,Cisco, NEC dan FiberHome.

Tetapi kini berdasarkan kepada laporan The EDGE Markets, syarikat telekomunikasi dari Sweden iaitu Ericsson melalui Ericsson Malaysia telah dipilih oleh Kerajaan untuk membangunkan infrastruktur 5G negara.

Malah kos yang diperlukan untuk pembangunan infrastruktur itu adalah lebih murah dari bajet yang dijangkakan iaitu hanya sebanyak RM11 bilion.

Jumlah itu sekaligus menjadikan kos pembangunan infrastruktur 5G negara RM4bilion lebih murah dari kos yang dinyatakan Kerajaan sebelum ini.

Teknologi rangkaian 5G Malaysia masih berada di atas landasan di mana ia dijangkakan akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Sumber: The EDGE Markets

Baca juga: Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia