SUUNTO mengumumkan jam tangan terbaru mereka akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. SUUNTO 9 Peak yang dimuatkan dengan pelbagai ciri mempunyai rekaan tahan lasak yang sesuai untuk pengembaraan.

Baca juga – Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah

Seperti barisan SUUNTO 9 yang lain, jam tangan ini dilengkapi lebih 80 mod sukan, penjejak aktiviti, pemantauan degupan jantung, dan tinjauan cuaca. Selain itu, ia juga ada kapasiti rakaman GPS sehingga 170 jam dalam mod Tour.

Dari segi rekaan, ia memperagakan reka bentuk premium tetapi tahan lasak dengan rangka dan bezel yang ringkas.

Rekaannya ditambah baik lagi dengan reka bentuk minimalis Nordic yang lebih nipis dan ringan berbanding model SUUNTO 9 Baro.

Baca juga – Ini Harga Tempatan Bagi Jam Tangan Pintar Pertama OnePlus

Tidak habis di rekaan, jam tangan ini juga mendapat pelbagai penambahbaikan dan ciri baharu. Antaranya adalah pengukur kandungan oksigen darah, pengecasan penuh yang pantas (1 jam), dan muka jam yang baru.

Jam tangan terbaru ini tampil dalam dua varian dengan empat pilihan warna iaitu: Granite Blue Titanium & Birch White Titanium (RM3199) dan Stainless Steel All Black & Stainless Steel Moss Gray (RM2799).

SUUNTO 9 Peak boleh dibeli mulai 17 Jun ini di Lazada, Shopee, SolarTime.com, dan di semua kedai jualan adtime.

Baca juga – (Ulasan) Amazfit GTR 2e – Jam Pintar Elegan, Lebih Mampu Milik

Sumber: siaran akhbar SUUNTO

 

Kalau nak beli tekan bawah ni:
Lazada:
https://invol.co/cl4heni
Shopee:
https://invol.co/cl4hent