Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Surface Laptop Studio Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Rasminya

Posted on Mac 9, 2022

Terdahulu, Microsoft sudah mengumumkan kehadiran barisan komputer Surface terbaharu mereka buat pasaran Malaysia.

Kini, Surface Laptop Studio mula tersedia dan boleh dibeli bermula hari ini menerusi kesemua rakan pengedar yang sah.

Menurut Microsoft, Surface Laptop Studio merupakan model Surface yang paling berkuasa di mana ia direka untuk golongan pengkarya, gamer serta prestasi desktop dalam bentuk mudah alih.

Apa yang uniknya, ia boleh digunakan sebagai komputer riba atau tablet yang mana hadir dengan tiga mod berbeza, iaitu Laptop Mode, Stage Mode dan Studio Mode.

Dilengkapi cip Intel Core i5-11300H atau Intel Core i7-11370H bersama padanan grafik Iris XE atau RTX 3050 Ti.

Ia juga didatangkan dengan skrin seluas 14.4 inci beresolusi 2400×1600 120Hz, Dolby Vision, konfigurasi memori 16GB RAM atau 32GB RAM, storan dalaman 2TB dan sokongan pen stylus.

Oleh itu, berikut adalah harga rasminya di Malaysia:

  • Intel Core i5, Intel Iris Xe Graphics, 16GB, 256GB SSD – RM7399
  • Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX™ 3050 Ti, 16GB, 512GB SSD – RM9399
  • Intel Core i5, Intel Iris Xe Graphics, 32GB, 1TB SSD (hanya di Harvey Norman) – RM11,999

Bagi yang berminat, Surface Laptop Studio boleh didapati di kedai seperti All IT, Harvey Norman, PC Image, Shopee, Lazada dan lain-lain.

Sumber: Siaran Akhbar Microsoft

Baca juga:

  • Hati-Hati, Perisian Hasad Baharu Menyamar Sebagai ‘Driver’ GPU NVIDIA

  • iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022

  • Apple iPhone SE Dijana Bionic A15, Sokong 5G Dan Dijual Serendah RM2,099 Untuk 64GB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress