Salah satu ciri yang tersedia ada di dalam aplikasi MySejahtera adalah paparan Status Person Under Surveillance (PUS).

Status PUS akan tertera di profil dan paparan Check-in setelah anda melaksanakan penilaian kesihatan di aplikasi MySejahtera dan merupakan individu yang mempunyai hubungan epidemiologi iaitu:-

  • Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19 atau
  • Pengembara / tinggal di luar negara dalam masa 14 hari atau
  • Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari.

Untuk membuat penilaian kesihatan di aplikasi MySejahtera, anda pilih aktiviti Kemas kini Status Risiko COVID-19 di dalam aplikasi tersebut.

Seterusnya anda boleh mula menjawab 6 soalan bagi menentukan status kesihatan anda.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan kepada individu dalam pengawasan dan pemerhatian / PUS untuk melakukan penilaian kesihatan secara kendiri selama 14 hari dalam aplikasi MySejahtera dibahagian Perlu Dilakukan.

KKM menyatakan bahawa sekiranya bergejala dan bertambah teruk semasa tempoh pengawasan, anda diminta segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran anda.

Jika keputusan ujian pengesanan COVID-19 positif, status risiko akan bertukar kepada Kes Disahkan. PKD akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.

Status kuarantin selesai akan tertera setelah anda menyelesaikan kuarantin selama 14 hari.

Status PUS akan bertukar ke risiko rendah jika tiada gejala selama 14 hari.

Sumber: KKM