Sejak laporan Vivo melancarkan sub-jenama baru, IQOO, ramai yang berteka-teki tentang penawaran yang bakal dibuat.
Menuruti perkembangan mengenai IQOO atau sebutannya “i-Cool”, ia dikhabarkan bakal memperkenalkan peranti skrin boleh lipat.
Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan kehadiran imej peranti skrin boleh lipat bersama-sama imej latarbelakang yang serupa dengan poster pengenalan sub-jenama tersebut.
Berdasarkan imej, walaupun dilipat ia masih mengekalkan rekaan nipis. Turut diperkatakan adalah harga jualannya yang mungkin menjangkau RM3000-RM4000.
Belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai peranti ini dan adakah ia akan memasuki pasaran tempatan? Sama-sama kita nantikan pemberitahuan rasmi dari Vivo Malaysia.