Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan mereka mengesan pelepasan suar suria yang kuat pada 10 Januari 2023 menerusi satelit pemantau Solar Dynamics Observatory (SDO).
The Sun emitted a strong solar flare on Jan. 10, 2023, peaking at 5:47 pm ET. NASA’s Solar Dynamics Observatory captured imagery of the event, which was classified as X1.0. https://t.co/utXNF8f3Rd pic.twitter.com/qSY7vc6QGG
— NASA Sun & Space (@NASASun) January 11, 2023
Berdasarkan semakan terkini di laman rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), sejumlah 201 tompok matahari telah dikesan pada 10 Januari 2023.
Jumlah itu sekaligus adalah yang terbanyak dikesan dalam tempoh 31 hari lalu.
Menurut laporan oleh Pusat Ramalan Cuaca Angkasa, Pentadbiran Lautan Dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) suar suria yang terhasil itu berpotensi diketagorikan sebagai kelas-X (kelas suar kuat).
{suggest}
Ia dijangka akan melanda Bumi selama 3 hari berturut-turut iaitu dari 11 hingga 13 Januari 2023. Dijangkakan suar suria yang kuat ini berpotensi mengganggu frekuensi radio HF kerana gangguan pada lapisan ionosfera Bumi.
Sumber: MET Malaysia
Sumber imej utama: NASA