Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
stranger things 4

‘Stranger Things 4’ Menjadi Siri Kedua Melepasi 1 Bilion Jam Tontonan

Posted on Julai 6, 2022Julai 6, 2022

Netflix melaporkan “Stranger Things” Musim ke-4 kini merupakan siri asli kedua Netflix yang pernah ditonton lebih satu bilion jam.

Pencapaian ini tercatat selepas pelancaran pada 1 Julai bagi jilid kedua musim ini, yang terdiri daripada dua episod yang berlangsung selama kira-kira empat jam.

Kedua-dua episod baharu menjadikan Musim ke-4 menerima sehingga 1.15 bilion jam tontonan secara keseluruhan sejak Jilid 1 ditayangkan pada 27 Mei.

Siri Netflix pertama yang melepasi 1 bilion tontonan ialah drama Korea Selatan, “Squid Game”, kekal sebagai siri TV paling popular Netflix yang pernah ditonton selama 1.65 bilion jam.

“Stranger Things” Musim 4 ialah siri bahasa Inggeris paling popular Netflix dan kedua paling popular secara keseluruhan.

Musim ke-4 telah ditonton selama 301.3 juta jam pada 27 Jun – 3 Julai, manakala Jilid 2 dalam 3 hari sejak dilancarkan.

Lebih menarik, musim ini kembali ke kedudukan No. 1 dalam carta 10 Teratas Netflix, di mana ia telah berada hampir setiap minggu sejak tayangan perdana Jilid 1.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress