Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan akan membina 6 buah lagi stesen pengecas bagi kenderaan elektrik (EV), TNB Electron pada tahun ini.
6 TNB Electron baharu itu akan dibangunkan di R&R Machap (Arah Selatan), Rawang (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Gurun (Arah Utara dan Selatan) dan Paka (Arah Selatan).
Setakat ini, TNB Electron telah mula beroperasi di 3 lokasi di R&R iaitu R&R Ayer Keroh (Arah Utara), R&R Tapah (Arah Utara) Lebuhraya Utara-Selatan dan R&R Paka (Arah Utara) di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Pengguna EV boleh memuat turun aplikasi GO TO-U di Google Play Store atau Apple App Store untuk mencari lokasi TNB Electron yang terdekat.
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Stesen Pengecas EV TNB Electron Tidak Lagi Percuma kepada pengguna.
{suggest}
Sumber: TNB