Lebih seminggu lalu telah dilaporkan berlakunya satu insiden melibatkan sebuah menara telekomunikasi tumbang di Kg. Gelong Badak, Bachok Kelantan akibat cuaca buruk.

Menara yang tumbang itu adalah milik REDtone yang dikongsi bersama dengan rangkaian lain iaitu Celcom, Digi dan Maxis.

Bagi mengembalikan semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet kepada para pengguna yang terjejas di kawasan tersebut, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, kerja-kerja pemasangan stesen pemancar sementara di Kg. itu telah pun berjaya disiapkan pada 30 Julai 2021 oleh pihak Redtone.

Jadi kini, pengguna setempat yang mengalami gangguan akibat kejadian tersebut telah dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia kala.

Sumber: SKMM

Baca juga: Menara Komunikasi Tumbang, Menjejaskan 4 Rangkaian Komunikasi Dan Internet Di Bachok Kelantan