Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Stesen MRT Laluan Putrajaya Alami Gangguan Rangkaian, Semua Transaksi TNG Digantung Sementara

Posted on Jun 6, 2023Jun 6, 2023

RapidKL hari ini memaklumkan stesen-stesen di MRT Laluan Putrajaya masih mengalami gangguan rangkaian pada sistem komputer.

{suggest}

Lanjutan itu, semua transaksi pembelian dan tambah nilai Touch ‘n Go (TNG) di Kaunter Khidmat Pelanggan & Kaunter Pendaftaran Kad Konsesi Stesen MRT Conlay telah digantung buat sementara waktu, sehingga diberitahu kelak.

Menurut RapidKL, sebagai alternatif pengguna boleh melakukan tambah nilai TNG di mana-mana stesen LRT, MRT Laluan Kajang dan Monorel.

Sementara itu, pendaftaran kad konsesi boleh dilakukan di Kaunter Pendaftaran Kad Konsesi Pasar Seni.

Sumber: RapidKL

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress