Steam adalah antara nadi utama bagi pengguna PC untuk membeli permainan video (game). Walaupun platform ini sering menawarkan promosi kepada pengguna, tetapi ia tidak cukup memuaskan lagi.

Hal ini kerana ramai individu yang menggunakan VPN untuk menukar alamat kepada negara lain. Tujuannya adalah untuk mendapatkan harga game yang lebih murah. Kadangkala, negara lain jauh lebih mampu milik sehinggakan sekitar RM100 juga boleh didapati untuk game baharu.

Disebabkan isu ini telah lama berleluasa, Steam akhirnya tampil memberi maklum balas dengan menambah sekatan lebih ketat.

Menurut SteamDB, pengguna kini hanya boleh menukar negara pada akaun mereka sekali sahaja untuk setiap 3 bulan. Ini bertujuan menyekat eksploitasi yang sering digunakan pengguna dimana kerap menukar negara.

Terdahulu, Steam telah mengetatkan lagi pembelian di platformnya dimana tidak boleh membuat pembelian jika cara pembayaran itu tidak sama di ‘negara’ itu.

Sebagai contoh, anda pengguna di Malaysia ingin membeli game dari negara Argentina. Penggunaan kad debit/kredit dari Malaysia tidak boleh dilakukan.

Oleh yang demikian, nak atau tak nak, anda perlu mengumpul wang dan beli secara sah dari akaun Malaysia.

Sumber: steamDB

Baca juga – Astro Rasmi Mengumumkan Kerjasama Dengan Netflix

Baca juga – Hampir 26 Juta Maklumat Pengguna Seperti Gmail, Facebook Dicuri

Baca juga –┬áJangan Terpedaya Pautan Permainan GTA 5 Untuk Telefon Pintar