Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Steam Recap 2022 Telah Diperkenalkan Dan Ini Cara Untuk Mengaksesnya

Posted on Disember 28, 2022Disember 28, 2022

Sempena penghujung tahun 2022, pelbagai platform tidak kira media sosial mahupun penyedia permainan mula berkongsikan data-data menarik yang terkumpul selama setahun. Melalui data yang dikongsikan ini, kita boleh melihat perkembangan menarik yang berlaku disepanjang tahun 2022 berlangsung melibatkan platform-platform ini.

Menginjak ke tahun baru 2023, Steam baru-baru ini telah telah memperkenalkan ciri ulang tayang mereka iaitu Steam Replay 2022. Ini merupakan ciri ulang tayang yang pertama dikeluarkan oleh Valve untuk pengguna melihat semula sejarah permainan mereka.

Terdapat pelbagai jenis kandungan yang ditunjukkan dalam Steam Replay 2022. Pengguna dapat melihat data permainan yang selalu dimainkan, bilangan sesi individu permainan dilancarkan, serta memisahkan antara permainan PC dengan Steam Deck.

Pengguna diberi pilihan untuk berkongsi kandungan ini secara umum ataupun menyembunyikannya. Dari segi perkongsian di media sosial, pengguna boleh mengubahnya ke dalam bentuk imej untuk dikongsikan di Instagram, Facebook, Snapchat, TikTok malah Pinterest.

Untuk melihat ciri Steam Replay 2022, pengguna hanya perlu pergi ke bahagian Store dan tekan New & Noteworthy.

Ciri seperti ini lebih seronok dan kadangkala mengimbau kembali kenangan sepanjang tahun ini. Pengguna juga dapat menggambarkan personaliti serta tahap penglibatan mereka dalam dunia permainan PC.

{suggest}

Mungkin ada sesetengah pengguna merasakan ia tidak selamat kerana data mereka telah diperhati. Namun, ada juga pengguna yang rasa seronok apabila dapat melihat dengan lebih dalam mengenai minat serta koleksi permainan yang dimainkan sepanjang tahun ini bersama rakan mahupun sendirian.

Sumber: Youtube

Gambar Utama: Youtube

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress