Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa sehingga kini, mereka telah memperoleh sebanyak 5 vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh 5 syarikat farmaseutikal berbeza  dari 4 buah negara.

5 vaksin itu adalah dari Pfizer (Amerika Syarikat), Astra Zeneca (United Kingdom), Sinovac (China) CanSinoBIO (China) dan The Gamaleya National Center ( Rusia).

KKM memaklumkan dari 5 vaksin tersebut, 4 daripadanya memerlukan sebanyak 2 dos vaksin. Manakala vaksin yang dibangunkan oleh CanSinoBIO dari China hanya memerlukan 1 dos vaksin sahaja.

Dari kesemua vaksin itu pula, vaksin dari Pfizer menerima tahap keberkesanan tertinggi iaitu sehingga 95%. Vaksin dari The Gamaleya National Center ( Rusia) tahap keberkesanannya adalah pada 91.4%.

Diikuti oleh vaksin dari Astra Zeneca (United Kingdom) yang kadar keberkesanannya adalah antara 60%-90%.

Sementara tahap keberkesanan 2 vaksin dari China itu pula akan diumumkan nanti.

Pihak KKM sudah pun mula menjalankan tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19.

Kerajaan sebelum ini telah pun memaklumkan bahawa Malaysia akan menerima sebanyak satu juta dos dijangka akan dibuat pada suku pertama tahun 2021.

Menurut KKM, kos awal perbelanjaan bagi pembelian kesemua vaksin itu akan menelan belanja sebanyak RM2.05 bilion yang akan diberikan secara percuma kepada 26.5 juta rakyat Malaysia yang meliputi 82.8% populasi penduduk.

Sumber: KKM