Dalam laporan terbaru oleh laman analisis media sosial Hootsuite, populasi dunia ketika ini dianggarkan berjumlah 7.81 bilion.

Daripada jumlah itu, seramai 5.20 bilion penduduk dunia mengguna telefon mudah alih.

Pengguna internet pula dianggarkan sekitar 4.66 bilion dengan 4.14 bilion pula adalah pengguna aktif platfom media sosial.

Data tersebut adalah setakat bulan Oktober 2020.

Bersandarkan kepada pelbagai sumber data yang seperti United Nations, GSMA dan Global Web Index, Hootsuite melaporkan dalam tempoh setahun iaitu antara bulan Oktober 2019 hingga Oktober 2020, peningkatan sebanyak 2.0% pengguna telefon mudah alih di seluruh dunia atau bersamaan dengan pertambahan seramai 102 juta pengguna.

Dalam tempoh itu juga, pengguna internet turut meningkat iaitu sebanyak 7.45% atau sebanyak 321 juta pengguna.

Peningkatan pengguna media sosial pula adalah yang tertinggi iaitu peningkatan sebanyak 12.3% atau bersamaan dengan 453 juta pengguna.

Bagi data pengguna digital di Malaysia pula, dianggarkan sejumlah 26.69 juta penduduk di Malaysia menggunakan internet dengan 26 juta darinya memiliki akaun media sosial.

Manakala dianggarkan terdapat sebanyak 40.69 juta peranti mudah alih digunakan di dalam Malaysia setakat bulan Januari 2020 lalu.

Sumber: Hootsuite