Pra-daftar untuk permainan simulasi pertanian Stardew Valley telah dibuka bermula beberapa minggu lalu dan ia didakwa telah mendapat sambutan hangat.
Permainan popular ini telah berjaya menambat hati pengguna iOS sebelum ini dan ia dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk menarik minat pengguna Android pula.
Berita baik untuk mereka yang berminat, Stardew Valley dilaporkan boleh didapati pada harga $7.99(~RM33) dan akan mula ditawarkan pada 14 Mac nanti.
Sumber: Engadget