Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memaklumkan bahawa Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang baharu akan dikuat kuasakan mulai 1 Ogos 2021.

MSQoS merupakan salah satu instrumen kawal selia utama yang diwujudkan bagi memastikan pengguna di Malaysia memperolehi perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti.

Standad kualiti baharu itu merangkumi 4 kategori perkhidmatan iaitu,

  • MSQoS Perkhidmatan Pelanggan (baharu);
  • MSQoS Jalur Lebar Tanpa Wayar;
  • MSQoS Jalur Lebar Talian Tetap; dan
  • MSQoS Perkhidmatan Selular Awam.

Penetapan kualiti piawaian minimum baru terhadap 4 perkhidmatan tersebut adalah hasil daripada Siasatan Awam yang telah pun dijalankan dari 8 April hingga 4 Jun 2021 lalu.

Diharapkan semoga dengan penetapan standad kualiti perkhidmatan dipertingkatkan, aduan yang dibuat pelanggan turut diselesaikan dengan persetujuan mereka selain daripada memastikan pengalaman perkhidmatan jalur lebar tetap mahupun tanpa wayar pada tahap yang memuaskan.

Sumber: SKMM