Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spotify blend

Spotify Kemas Kini Ciri ‘Blend’, Kongsi Muzik Dengan Artis Kegemaran

Posted on April 1, 2022

Aplikasi muzik kegemaran ramai, Spotify, menerima kemas kini baru untuk ciri penciptaan senarai main, Blend. Sejak Blend dilancarkan tahun lepas, ia hanya membolehkan dua pengguna Spotify untuk berkongsi cita rasa muzik yang sama antara satu sama lain.

Ciri Blend ini kemudian akan mengemas kini setiap hari dengan lagu baharu berdasarkan tabiat mendengar pengguna.

Sumber: Spotify

Baru-baru ini, Spotify telah meluaskan lagi Blend untuk membolehkan pengguna membuat senarai main dengan sehingga 10 rakan, atau bahkan dengan beberapa artis kegemaran.

Spotify telah bekerjasama dengan artis termasuk BTS, Charli XCX, Lauv, Kacey Musgraves, Megan Thee Stallion, Mimi Webb, Tai Verdes, Xamã dan lain-lain untuk membolehkan pengguna Spotify menggabungkan citarasa muzik mereka ke dalam satu senarai main Blend.

Seperti senarai main Blend yang lain, pengguna akan menerima kad yang memaparkan skor “taste match“, yang dikira berdasarkan kesamaan atau perbezaan pilihan muzik pengguna jika dibandingkan dengan pengguna Blend yang lain.

Pelanggan Spotify Family sudah pun mempunyai akses kepada senarai main Family Mix yang dikemas kini secara automatik yang terdiri daripada lagu yang dipersetujui oleh semua orang dalam keluarga, berdasarkan teknologi yang serupa.

Walau bagaimanapun, ciri itu terhad untuk pelanggan Spotify Family sahaja – bukan untuk pelanggan individu.

Aplikasi penstriman muzik ini turut menawarkan satu lagi senarai main seperti Blend yang dipanggil Duo Mix, tetapi ini juga terhad kepada pengguna pada pelan kongsi yang sama.

Versi terbaru ciri Blend yang dikemas kini telah pun tersedia buat semua pengguna Spotify.

Sumber: Siaran akhbar Spotify

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Spotify Buat Penjenamaan Semula ‘Greenroom’ Kepada ‘Spotify Live’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress