Pihak kerajaan masih lagi membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen ketika artikel ini ditulis. Beberapa perkara menarik telah dibincang pada kali ini. Antaranya ialah perkenalan beberapa cukai baru termasuklah cukai perkhidmatan kepada perkhidmatan atas talian import seperti Steam, Netflix dan Spotify.
Bagi perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, penyedia perkhidmatan asing akan dikehendaki berdaftar dengan Kastam, mengenakan dan meremit cukai perkhidmatan yang berkaitan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) November 2, 2018
Perkara itu telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng sebentar tadi. Penyedia perkhidmatan atas talian asing berkenaan selepas ini dikehendaki untuk mendaftar di Jabatan Kastam sebelum 1 Januari 2020.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai kadar cukai perkhidmatan yang akan dikenakan.
Sumber: Twitter MOF