Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Spotify Dan FC Barcelona Umum Kerjasama, Guna Nama Stadium Baharu Musim Depan

Posted on Mac 16, 2022

Kelab bola sepak antara terbesar di England iaitu Manchester United semalam secara rasmi telah tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah setelah tumpas 0-1 kepada juara La Liga musim Lalu, Atletico Madrid.

Namun, berita baik untuk penggemar muzik dan peminat kelab Barcelona kerana Spotify dan FCB telah memeterai persetujuan untuk jangka masa panjang dan akan secara rasmi berkuatkuasa pada Julai 2022.

Melalui tajaan ini, antara hak diberikan kepada Spotify ialah ke atas nama stadium. Dengan itu, Camp Nou selepas ini akan dinamakan sebagai Spotify Camp Nou. Logo Spotify selaku penaja juga akan dicetak pada jersi pasukan lelaki serta wanita bermula musim depan, 2022/23.

Dalam pada itu, ia juga termasuk perjanjian selama 4 musim untuk baju pasukan lelaki dan wanita, perjanjian 3 musim untuk kit latihan dan kontrak jangka panjang untuk stadium.

Kelab gergasi ini sedang bergelut dengan isu kewangan yang sangat serius, dilaporkan mengalami kerugian sehingga lebih RM2 bilion pada akhir 2020-21 dengan hutang setinggi 5.7 bilion setakat Ogos lalu.

Tidak hairanlah mereka sanggup mencipta sejarah dengan menyertakan nama penaja pada stadium buat kali pertamanya sejak penubuhan.

Sumber: Spotify

Baca juga:

  • Mufti WP Perjelas Hukum Sokong Kelab Bola Sepak Yang Iktiraf LGBT
  • Pesaing FIFA? Ini Rupa ‘Game’ Bola Sepak Percuma UFL
  • Bagaimana ‘Goal Line Technology’ Mula Diperkenalkan Dalam Sukan Bola Sepak?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress