Anda gemar mendengar lagu di aplikasi Spotify?
Bagaimana anda mengongsikan lagu kesukaan anda itu kepada teman-teman yang lain?
Spotify dikatakan bakal hadir dengan fungsi yang baru dimana ia menggunakan teknologi kod bar (barcode).
Walaupun masih belum diumumkan secara rasmi, berita mengenai fungsi itu telah tersebar menerusi satu tweet dari pengguna akaun bernama Moshe Isaacian.
Fungsi tersebut bakal dikenali dengan nama Spotify Code, dan jika dilihat daripada gambar, Spotify Code kelihatan seperti “gelombang musik” (tidak seperti kod bar yang digunakan untuk Whatsapp Web dan lain-lain).
Pelancaran Spotify Code dijadual akan berlangsung pada Isnin ini dan yang menariknya fungsi ini boleh diimbas walaupun dari foto yang di screenshots.
Jadi anda boleh berkongsi lagu kegemaran anda di media sosial seperti Instagram dengan hanya memuat naik foto kod bar tersebut.
Sportify Code ini dilihat akan menggantikan cara perkongsian pautan URL.
Sumber:Twitter Moshe Isaacian