Sony Xperia 1 II telah pun dilancarkan di Malaysia pada November yang lalu. Kini, terdapat sumber mendedahkan Xperia 1 III bakal dilancarkan tahun hadapan.
Menurut sumber, telefon ini akan menggunakan cip pemproses Snapdragon 888 serta dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.
Dari segi paparan pula, ia menggunakan skrin 6.5 inci panel OLED beresolusi 4K yang sama pada model terdahulu tetapi ia 15% lebih cerah. Turut menyokong paparan HDR dan kadar penyegaran 90Hz.
Sony Xperia 1iii, what we know:
-6.5-inch 4K OLED HDR display
-15% brighter display
-Snapdragon 888 processor
-8GB RAM, 256GB storage
-5G connectivity
-Side-mounted fingerprint sensor
-IP65/IP68 water and dust resistant
-$1199
— Anthony (@TheGalox_) December 27, 2020
Sony sentiasa hadir dengan penawaran paparan skrin berkualiti tinggi tetapi melihat pada spesifikasi tertiris, ia tidak mempunyai banyak perubahan.
Tanda harga yang dijangka adalah AS$1199 (~RM4855). Dalam pada itu, Sony juga dikatakan akan menggunakan modul kamera berprestasi tinggi pada telefon andalannya pada masa hadapan.
Sumber: @TheGalox_