Kali terakhir Apple keluarkan iPad versi mini adalah iPad Generasi Ke-5 pada tahun 2019.
Terbaru, ada laporan yang mendedahkan prototaip iPad Mini Generasi Ke-6 sedang dibangunkan.
Menurut Twitter @000leaker melaluiĀ notebookcheck, prototaip tersebut hadi dengan paparan Liquid Retina 8.5 inci dan rekaan petak sama seperti iPad Pro dan iPhone 12.
https://twitter.com/000leaker/status/1325933581437382662?s=20
Apa yang menariknya, ia tidak guna port Lightning. Sebaliknya menggunakan USB-C sebagai port utama.
Turut terbina di dalam cip Apple A14 Bionic bersama-sama RAM bersaiz 4GB serta pembesar suara stereo.
Ciri lain adalah dwi-bateri, kamera yang sama seperti iPad Air baharu dan juga menyokong Apple Pencil Generasi Kedua.
Tambahnya, terdapat isu prestasi pada peranti ini dengan adanya dwi-bateri dan diharapkan Apple dapat perbaikinya sebelum dilancarkan kepada umum.