Trend peranti boleh-lipat masih lagi berterusan. Sebagai penjaya kepada Galaxy Fold yang popular sebelum ini, Samsung akan melancarkan peranti seterusnya Galaxy Z Flip awal Februari ini.
Rekaan Galaxy Z Flip boleh-lipat kali ini adalah berasaskan clamshell yang berbeza dari rekaan tabloid pada Galaxy Fold sebelum ini.
Dikatakan skrin akan bersaiz 6.7 inci AMOLED jika dibuka sepenuhnya dengan nisbah 22:9. Ia juga beresolusi FHD+ dengan sokongan HDR+. Untuk kamera swafoto, paparan mempunyai lubang “Infinity–O‘ yang sama seperti siri Galaxy Note 10.
Rekaan engsel sangat kukuh membolehkan peranti dibuka pada mana-mana darj sudut bukaan. Paparan juga mempunyai pelindung skrin plastik untuk menjaga kedua-dua bahagian skrin atas dan bawah daripada bertembung.
Di bahagian belakang, selain kameranya, ia mempunyai paparan kecil bersaiz 1.06 inci dengan resolusi 300 x 116 pixel. Skrin tersebut dikatakan Super AMOLED dan akan menyokong fungsi always-on. Namun belum dapat dipastikan lagi sama ada paparan tersebut akan menyokong warna sepenuhnya atau hanya hitam putih sahaja.
Panel bahagian belakang diperbuat dari kaca Gorilla Glass 6 dan mempunyai lengkungan untuk keselesaan genggaman.
Untuk spesifikasi penuh, ini adalah yang dilaporkan:
- Paparan Utama: Infinity Flex FHD+ (2636 x 1080 pixel) Dynamic AMOLED 6.7 inci (22:9)
- Paparan Kecil Belakang: 1.06 inci (300 x 116 pixel) Super AMOLED dengan fungsi always-on
- Cip Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 855+ 7nm
- Memori: RAM 8GB, 256GB storan dalaman, tiada sokongan microSD
- Kamera Utama: 12MP (f/1.8) + 12MP (f/2.2) ultralebar
- Kamera Swafoto: 10MP (f/2.4) Infinity-O
- Bateri: 3,300mAh, pengecasan pantas Quick Charge 15W, tanpa wayar 9W
- Lain–lain: Pengimbas cap jari di bahagian sisi, Bluetooth 5.0, Wi-Fi 6, NFC, GPS
Galaxy Z Flip ini dikhabarkan akan dijjual pada harga 1,400USD (~RM5,710). Pelancarannya adalah bersama-sama Galaxy S20 ketika acara Samsung Unpacked iaitu pada 11 Februari nanti.
Sumber: Winfuture