OnePlus 11 adalah peranti andalan (flagship) terbaru yang dilancarkan pada awal 2023 ini. Peranti ini adalah antara flagship yang terbaik dalam pasaran dan daripada OnePlus ketika ini.
Baru-baru ini, pemberi maklumat terkemuka Yogesh Brar telah mendedahkan penambahbaikan yang bakal diperkenalkan oleh OnePlus 12 nanti.
OnePlus is finally listening to the user feedback & OnePlus 12 is shaping up to be a true flagship product
It gets:
– improved new gen display
– new imaging sensor
– a telephoto lens
– faster charging
– symmetrical designChina launch by December, Global by early Q1'24
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) June 23, 2023
Berdasarkan ciapan di atas, OnePlus 12 mungkin menggunakan skrin AMOLED dengan resolusi QHD+ yang menyokong kadar segar semula 144Hz.
Selain itu, peranti ini dikatakan bakal menggunakan sensor kamera (telefoto dan utama) baharu yang lebih moden – mungkin daripada Sony juga.
Pengecasan yang lebih pantas itu bermaksud OnePlus 12 akan menyokong pengecasan yang lebih pantas daripada 100W yang sedia ada pada OnePlus 11 ketika ini.
Ketika ini, OnePlus 11 mempunyai rekaan belakang tidak simetri, dan OnePlus 12 berkemungkinan besar menggunakan rekaan simetri peranti konsep mereka sebelum ini.
{suggest}
OnePlus 12 dilapor akan dilancarkan pada hujung tahun ini di pasaran China dan awal 2024 untuk pasaran global dan Malaysia.
Sumber: Yogesh