Galaxy M51 adalah penawaran peranti kelas pertengahan dari Samsung. Belum pun dilancarkan, spesifikasi dan imej Galaxy M51 dilaporkan telah tertiris.
Menurut laporan, ia dijangka hadir dengan skrin paparan 6.67 inci AMOLED dengan resolusi 1080×2340 serta menyokong kadar segar semula 60Hz. Peranti ini dimuatkan paparan berlubang yang diletakkan sensor kamera 32MP.
Full specifications
-6.67", Super AMOLED, 1080×2340 px, 60Hz, 386 PPI, 420 Nits
-64MP (f/1.8) + 12MP Wide (f/2.2) + 5MP Depth (f/2.4) + 5MP (f/2.4) (Macro)
-32MP (f/2.2)
-7000mAh, 25W
-Android 10
-163x78x8.5 mm
-213g
(1/2)https://t.co/tDk0ybCMvq— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) August 24, 2020
Pada bahagian belakang Galaxy M51 dilengkapi dengan tetapan kuad kamera iaitu 64MP utama, 12MP sudut lebar, 5MP depth dan 5MP makro. Peranti ini turut menawarkan bateri yang lebih besar dengan kapasiti 7000mAh serta mempunyai sokongan pengecasan pantas 25W.
Peranti ini dikatakan bakal hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 730G. Namun, terdapat laporan lain yang menyatakan ia mungkin menggunakan cip yang berbeza.
Sehingga itu, nanti pengumuman rasmi dari Samsung mengenai Galaxy M51 tidak lama lagi.
Sumber: GizmoChina