Apabila kita berada di jalan raya, pasti akan ada papan iklan. Buka telefon pintar dan sedang melayari media sosial, juga ada iklan. Selepas ini, anda mungkin boleh lihat iklan yang dipaparkan di angkasa lepas pula.

SpaceX dengan kerjasama Geometric Energy Corporation (GEC) dikatakan mahu melancarkan sebuah satelit ke angkasa lepas yang akan memaparkan iklan. Projek ini digelar sebagai CubeSat.

Apa yang dirancangkan mereka adalah CubeSat akan dilancarkan dengan menumpang roket Falcon 9 milik SpaceX. Kemudian, apabila ia tiba di orbit, tongkat swafoto (selfie stick) yang terdapat pada CubeSat akan merakam skrin iklan tersebut.

Rakaman iklan itu boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube atau Twitch. Tambahan lagi, selain iklan, terdapat juga logo dan beberapa karya seni lain diletakkan pada bahagian badan CubeSat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama GEC, Samuel Reid berkata mana-mana syarikat boleh membida untuk memaparkan iklan mereka.

Untuk menggunakan ruang iklan itu, pengiklan perlu membeli token dengan mata wang kripto Dogecoin. Token ini adalah untuk menebus piksel pada paparan, menentukan rupa piksel iklan itu dan berapa lama ia dipaparkan pada skrin.

Terdapat lima token boleh dipilih, iaitu Beta, Rho, Gamma, Kappa dan juga XI. Setiap token tersebut mempunyai fungsi tersendiri.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Adakah ia sesuatu yang gila atau bijak kerana tidak terlintas di fikiran bahawa terdapat iklan di angkasa lepas.

Sumber: insider

Baca juga: