Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

SpaceX Mahu Tawar Teknologi Starlink Untuk Tentera Dan Kerajaan Pula

Posted on Disember 8, 2022

SpaceX kini dilihat sedang merancang untuk mengembangkan teknologi satelit Starlink mereka dengan menawarkannya kepada pihak tentera dan kerajaan.

Penawaran itu dibuat menerusi program baru yang dipanggil sebagai Starshield.

SpaceX di laman rasmi mereka menyatakan, Starshield menggunakan ciri kriptografi tertinggi untuk mengehoskan muatan berperingkat dan memproses data dengan selamat dalam memenuhi keperluan entiti kerajaan.

{suggest}

SpaceX menjelaskan, terminal komunikasi laser antara satelit Starlink, yang merupakan satu-satunya laser komunikasi yang beroperasi pada skala di orbit hari ini, boleh disepadukan ke satelit rakan kongsi untuk membolehkan penggabungan ke dalam rangkaian Starshield.

SpaceX juga memaklumkan bahawa mereka kini sudah pun menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pertahanan AS bagi melancarkan satelit kerajaan negara itu ke angkasa.

Sumber: SpaceX – Starshield

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress