Selain memperkenalkan siri Xperia 1 III dan Xperia 5 III yang berstatus andalan, Sony turut melancarkan Xperia 10 III yang mana ia lebih ‘mampu milik’ kerana berkelas pertengahan.

Telefon ini dikuasakan Snapdragon 690 5G yang dipadankan memori sebesar 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula berkapasiti 4500mAh dan menjalankan sistem operasi Android 11.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi skrin bersaiz 6 inci OLED 60Hz dengan nisbah 21:9 dan menyokong kandungan HDR 10. Malah, ia juga panelnya juga menggunakan perlindungan Gorilla Glass 6 serta penarafan IP65/68.

Tambahan lagi, Xperia 10 III masih mempunyai bicu audio yang mana didatangkan sokongan LDAC dan audio Hi-Res.

Dari segi kamera, ia menawarkan kamera utama 12MP, 8MP ultra lebar dan 8MP telefoto.

Ditawarkan dengan pilihan warna hitam, putih, biru dan merah jambu, Xperia 10 III bakal tiba di tanah air pada bulan Ogos ini. Oleh itu, sama-sama kita nantikan harga rasmi di Malaysia.