Sony baru sahaja melancarkan fon telinga tanpa wayar mereka, WF-1000XM4 yang mana ia adalah pengganti WF-1000XM3.

WF-1000XM4 bukan sahaja tampil dengan pemproses V1 yang lebih berkuasa untuk pembatalan hingar, tetapi turut hadir dengan Hi-Res audio menggunakan LDAC codec.

Baca juga – Semakin Ramai Golongan Perempuan Miliki Konsol PS4 Dan PS5

Dengan pemacu 6mm, sambungan BlueTooth mampu memberikan frekuensi 20Hz hingga 40kHz. Selain fungsi “Fast Pairing” untuk Android dan Windows 10, ia juga boleh mengesan apabila pengguna bercakap dan akan jeda (pause) muzik secara automatik dan mengaktifkanĀ Ambient Sound.

Rekaan XM4 adalah lebih kecil, ergonomik dan ringan. Akan tetapi ia boleh bertahan sehingga 8 jam main balik dengan ANC atau 12 jam apabila ANC dimatkan.

Antara lainnya adalah pengecasan dengan USB-C, sokongan pengecasan wayarles Qi dan penarafan IPX4.

Sekiranya berminat, pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 15 Julai dimana harga jualan adalah RM1099.

Baca juga – Sony Berminat Bawa “Game” Eksklusif PlayStation Ke Telefon Pintar

Sumber: Sony Malaysia

Beli Sony WF-1000XM4 di:
Shopee - https://invol.co/cl4dp1u
Lazada - https://invol.co/cl4dp2j