Setelah dua tahun dilancarkan, Sony kini mengumumkan aksesori PS5 ‘Gray Camouflage Collection’ yang terdiri daripada alat kawalan tanpa wayar DualSense, fon kepala PULSE 3D dan sarung pelindung konsol bagi kedua-dua PS5 dengan cakera dan PS5 Digital Edition.
Menurut Sony, koleksi ini akan tersedia melalui pra-tempah yang bermula pada bermula 15 September, di mana alat kawalan DualSense dan sarung pelindung konsol PS5 akan dilancarkan secara global pada 14 Oktober.
{suggest}
Sementara itu, aksesori fon kepala Pulse 3D hanya akan dilancarkan pada Disember.
Bagaimanapun, Sony menyatakan tarikh pelancaran tepat bagi koleksi ini mungkin berbeza mengikut lokasi. Bagi mengetahui ketersediaan koleksi ini, semakan boleh dilakukan melalui peruncit tempatan.
Sumber: Sony