Sebelum ini tular imej yang memaparkan pad alat kawalan permainan bagi konsol permainan PlayStation 5 yang bertemakan McDonald’s.

Ia tular selepas media Australia mendedahkan rekaan alat kawalan itu di platfom Twitter.

Media itu mendakwa, McDonald’s Australia merancang untuk memberikan hadiah alat kawalan itu terhad kepada 50 pelanggan McD sempena sambutan ulang tahun ke-50 restoran makanan segera tersebut di negara Kanggaru itu.

Walaubagaimanpun selepas imej itu tular di media sosial, pihak McDonald’s Australia menerusi kenyataan media menjelaskan bahawa imej yang diedarkan kepada media itu sebagai satu kesilapan.

Rekaan pad alat kawalan permainan yang bertemakan McDonald’s itu juga hanyalah konsep yang diedarkan secara dalaman sahaja.

the image was provided to media in error and there is no commercial relationship between McDonald’s Australia and Sony PlayStation.”

Sony PlayStation has not authorized the use of its controller in promotional materials related to the proposed Stream Week event, and we apologize for any inconvenience caused.” McDonald’s Australia.

Jadi ini bermakna peminat-peminat yang menunggu dan berharap untuk memiliki edisi terhad pad alat kawalan permainan PS5 itu nampaknya tidak kesampaian.

Sumber: PCMag, IGN

Baca juga: Sistem Rangkaian McDonald’s Diserang Penggodam