Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony PlayStation Portal Hanya Sekadar Aksesori Premium PS5

Posted on Ogos 24, 2023Ogos 24, 2023

Nampaknya, konsol mudah alih Sony Project Q yang diumumkan sebelum ini telah diumumkan sebagai PlayStation Portal. Sony mula mengumumkan kehadiran konsol mudah alih mereka ini sekitar 3 bulan yang lepas pada bulan Mei.

Spesifikasi PlayStation Portal

Konsol ini mempunyai alat kawalan dengan ciri yang sama dengan DualSense seperti pemacu adaptif dan respon haptik. Peranti ini mempunyai skrin LCD berukuran 8″ dengan kemampuan resolusi 1080p pada 60 fps.

Untuk pengetahuan anda, konsol mudah alih portal ini bukan dan tidak sama sekali dengan konsep PSP atau PS Vita.

Hal ini demikian kerana sama seperti khabar angin sebelum ini, PlayStation Portal hanya boleh strim games di konsol PS5 anda secara mudah alih melalui sambungan Wi-Fi.

Sebagai contoh, konsol PS5 anda berada di ruang tamu tetapi televisyen anda tidak dapat digunakan kerana ada ahli keluarga sedang menontonnya. Jadi PlayStation Portal boleh jadi alternatif terbaik buat anda untuk memainkan games PS5 secara strim melalui Wi-Fi.

Oleh itu, PlayStation Portal ini agak kurang sesuai untuk dimiliki sekiranya anda tidak mempunyai konsol PS5 pada awalnya.

Harga & Ketersediaan

Konsol mudah alih PlayStation Portal akan dilancarkan pada hujung tahun ini namun tidak diketahui tarikhnya dan akan dijual pada harga jualan USD199.99 (~RM1,399.00).

{suggest}

Beli Sony PlayStation 5 di Shopee: https://invl.io/cljn80g

Beli Sony PlayStation 5 di Lazada: https://invol.co/cljn80x

Sumber: PlayStation Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress