Menjadi bualan hangat sebelum ini, Sony akhirnya melancarkan dua model “adik-abang”, Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact.
Bakal berkongsi cip pemprosesan yang sama, Snapdragon 845, berikut merupakan spesifikasi ringkas kedua-dua model.
Xperia XZ 2
- Skrin 5.7 inci resolusi Full HD+ HDR dengan nisbah 18:9
- RAM 4GB
- Storan UFS 64GB dengan sokongan 4000GB kad MikroSDXC
- Bateri 3180mAh
- Kamera 19MP
- Android Oreo 8.0
- Tiada bicu audio 3.5mm tetapi akan dipasarkan dengan adapter.
Xperia XZ 2 Compact
- Skrin 5 inci resolusi Full HD+ HDR dengan nisbah 18:9
- RAM 4GB
- Storan UFS 64GB dengan sokongan 4000GB kad MikroSDXC
- Bateri 2870mAh
- Kamera 19MP
- Android Oreo 8.0
- Tiada bicu audio 3.5mm tetapi akan dipasarkan dengan adapter
Boleh dilihat spesifikasi bawaan mirip antara satu sama lain kecuali berbeza dari segi saiz, dan juga kuasa bateri.
Model-model ini diramal mula dipasarkan pada bulan hadapan tetapi tiada lagi maklumat terperinci mengenainya.
Sumber: Lowyat.net