Sejak pelancarannya pada 10 Disember yang lalu, permainan yang paling dinantikan ramai – Cyberpunk 2077 menerima reaksi yang pelbagai di seluruh dunia.

Setiap permainan yang baik, pasti terdapat keburukannya termasuk masalah pepijat yang banyak hadir dalam permainan.

Disebabkan masalah ini juga, Sony telah membuang permainan Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store buat sementara waktu.

Malah, pembangun permainan ini, CD Projekt Red (CDPR) juga menawarkan bayaran balik bagi setiap pembelian permainan ini di Xbox dan PlayStation.

Dalam kenyataan Sony, mereka menyatakan untuk memberikan bayaran balik bagi pengguna yang membeli permainan ini untuk memastikan kepuasan semua orang.

Permainan ini juga sudah tidak kelihatan di PlayStation Store untuk pasaran Asia.

Masalah ini timbul kerana pemain dari konsol PS4 bukan sahaja mengalami masalah pepijat bahkan masalah permainan yang tidak dioptimakan pada konsol ini.

Terdapat beberapa pengguna mengatakan kadar bingkai (FPS) permainan ini serendah 18 hingga 19 FPS sahaja selain grafik yang tidak setanding PC.

Namun, ada juga segelintir pengguna tidak ambil kisah terhadap isu ini kerana Cyberpunk 2077 masih sebuah permainan yang baik.

Perlu diingatkan bahawa PS4 adalah sebuah konsol yang sudah lama dan pasti menghadapi masalah untuk memainkan sebuah permainan generasi baharu.

Bagi anda yang sudah memilikinya, apakah pendapat anda? Adakah ia sebuah permainan yang berbaloi untuk penantian selama 8 tahun?

Sumber: AskPlaystation