Sony Mobile Malaysia menerusi kiriman Facebook mereka telah mengumumkan kemaskini harga bagi dua buah model telefon pintar, Sony Xperia XZ dan juga Sony Xperia XZs.
Xperia XZ mula dipasarkan di dalam negara pada penghujung September tahun lalu manakala Xperia XZs pula baru berusia lebih kurang 4 bulan dalam pasaran tempatan.
Dengan kemaskini terbaru ini, kedua-dua model mendapat pengurangan harga sebanyak RM200 hingga RM500.
- SonyXperia XZ – RM 2699 (harga asal)>> RM2199 (harga baru)
- Sony Xperia XZs – RM2899 (harga asal)>> RM2699 (harga baru)
Berikut merupakan spesifikasi ringkas model-model ini
SonyXperia XZ
- Skrin paparan 5.2 inci
- Snapdragon 820
- RAM 3GB
- Kamera utama 23 Megapiksel
- Kamera selfie 13 Megapiksel
- Kalis air
- Sokongan NFC
Sony Xperia XZs
- Skrin paparan 5.2 inci
- Snapdragon 820
- RAM 4GB
- Kamera utama 19 Megapiksel
- Kamera selfie 13 Megapiksel
- Kalis air
- Sokongan NFC
Sumber: Sony Mobile Malaysia