Sejak pra tempahan di buka untuk pasaran Malaysia, mungkin masih ramai yang belum berpeluang untuk memiliki konsol permainan popular Sony PlayStation 5 atau PS5.
Terbaru, Sony Malaysia hari ini sekali lagi mengumumkan pra-tempah PS5 untuk kelompok keempat akan dibuka bermula 19 Mac 2021.
Sama seperti sebelumnya, PS5 Digital Edition dijual pada harga RM1,869. Sementara itu, versi Ultra HD Blu-Ray berharga RM2,299.
Bagi anda yang ingin membuat pra-tempah PS5, ianya boleh dilakukan melalui Lazada bermula 19 Mac 2021, jam 12.01 tengah malam. Selain itu, pra-tempah PS5 juga boleh dilakukan secara walk-in melalui kedai Sony atau mana-mana pengedar sah seluruh negara.
Sumber: Sony Malaysia