Minggu lalu Sony telah melancarkan sebuah pembesar suara tanpa wayar yang boleh dipakai di leher. Terbaru, Sony memperkenalkan model pembesar suara berbentuk lampu kaca yang lebih murah.

LSPX-S3 Glass Sound Speaker tampil dengan rekaan mudah alih dan tiub kaca jernih yang menggunakan bahan organik yang mesra alam sekitar.

Lengkap dengan teknologi Advanced Vertical Drive, ia menggunakan tiga actuators (penggerak) yang mampu menghantar signal bunyi ke setiap arah.

Tambah Sony, ia mampu menghasilkan nada yang jelas, tinggi, dan kuat serta penyebaran bunyi yang sekata di seluruh ruang. Selain itu, ia dilengkapi speaker 46mm, mod Bass Boost, ciri Bluetooth, dan sokongan audio resolusi tinggi LDAC.

Antara lainnya, pembesar suara seberat 1.1kg ini dimuat hayat bateri sehingga lapan jam, pengecasan USB-C, mikrofon, sensor sentuh untuk melaraskan mod dan tahap pencahayaan.

Ditawarkan $100 lebih murah dari model sebelumnya, Sony LSPX-S3 dijual pada tanda harga $349.99 (~RM1,465). Buat masa sekarang ia belum tersedia di mana-mana mahupun Malaysia.

Sumber: Sony

Baca juga – Ini Harga Rasmi Sony Xperia 1 III Dan Xperia 5 III Di Malaysia

Baca juga – Ini Harga Rasmi Sony Xperia 10 III, Xperia Yang Mampu Milik