Pasaran telefon pintar Sony dilihat tidak meriah seperti dahulu, seperti contoh model flagship syarikat itu kurang mendapat sambutan dari pembeli.
Mungkinkah kerana harga yang mahal?
Mungkinkah kerana fungsi telefon yang sedikit ketinggalan dari telefon pintar jenama lain?
Menurut Presiden Sony, Kazuo Hirai, pasaran telefon pintar mampu bertahan lama tetapi Sony tidak lagi berharap dengan pasaran itu.
Beliau tidak lagi berminat untuk ambil tahu sama ada Sony menjadi antara 5 pengeluar telefon pintar terbaik di dunia atau tidak.
Syarikat dari Jepun tersebut dilihat lebih berminat terhadap teknologi yang semakin mendapat perhatian ramai iaitu, realiti maya atau singkatannya VR.
Kebanyakkan teknologi VR sedia ada menumpukan kepada hiburan dan ia sangat sesuai dengan jenis perniagaan yang dipelopori Sony.
Walaupun begitu, Sony tidak hanya mempertaruhkan pada teknologi VR sahaja kerana mereka turut memiliki idea-idea yang lebih baik seperti jam tangan pintar FES U dan lain-lain.
Sumber: AFR