Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sony Mahu Haramkan Penonton Tengok Kandungan Cetak Rompak Di TV Mereka

Posted on Januari 17, 2023Januari 17, 2023

Sony sudah memfailkan paten sebuah teknologi pada TV pintar (smart TV) yang akan menghalang penggunanya menonton filem, drama dan kandungan cetak rompak. Paten ini hadir dengan nama “Anti-Piracy Control Based on Blacklisting Function”.

Melalui paten dikongsikan, TV Sony akan dilengkapkan dengan sebuah aplikasi yang akan memantau segala aplikasi lain dalam TV serta menyekat pemasangan aplikasi tidak diiktiraf cuba dipasang (sideload).

Aplikasi pemantauan ini menyimpan senarai hitam seperti URL, alamat IP yang mana akan digunakan untuk mengesan aplikasi pihak ketiga jika ia menjadi sumber perkongsian kandungan tanpa lesen.

Bukan hanya menyekat secara total, tapi juga ia boleh mengganggu penonton ketika kandungan cetak rompak dimainkan seperti menghentikan tontonan pada masa yang rambang dengan tujuan memberi rasa tidak selesa pada pengguna.

{suggest}

Buat masa ini, ia masih lagi di tahap teori dan tidak pasti apakah Sony benar-benar akan jayakannya pada produk mereka dalam masa setahun dua ini.

Sumber: Torrent Freak,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress