Baru-baru ini pengguna konsol permainan PlayStation 4 (PS4) telah mengalami serangan pepijat dalam bentuk message yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali dan terus membuatkan konsol mereka tidak lagi berfungsi.
Pihak PlayStation telah pun memulakan langkah-langkah pembaikan pepijat tersebut dan memberikan arahan untuk membaik pulih konsol PS4 yang sudah terjejas.
We've since fixed the issue, and it wasn't bricking consoles, just sending them into a crash loop that can be quickly fixed in under 5 minutes. Delete the message on the PS mobile app, go into Safe Mode, use Option 5, console back to normal. ^DB
— Ask PlayStation UK (@AskPS_UK) October 15, 2018
Konsol permainan PS4 menyokong fungsi chat di dalam sistem mereka yang boleh digunakan untuk menghantar pesanan dalam bentuk teks dan juga suara kepada ahli keluarga, kenalan dan juga orang yang tidak dikenali.
Sony mendakwa pepijat yang baru-baru ini menjejaskan konsol pengguna mereka tidak membuatkan konsol mereka bricked tetapi menghantar sistem konsol tersebut ke dalam crash loop yang boleh dibaiki dalam masa 5 minit.