Eric Lempel seorang eksekutif PlayStation telah mengumumkan pada hari ini servis PlayStation Now akan memasuki platfrom PC. Syarikat itu juga akan memperkenalkan wireless USB adapter yang dikeluarkan awal minggu ini, yang membolehkan pengguna bermain di PC dengan menggunakan alat kawalan Dualshock 4.
PlayStation Now kini ialah satu servis langganan yang mempunyai 400 permainan PlayStation 3 yang dapat dimainkan tanpa CD. Aplikasi ini akan dijadualkan pelancarannya di dalam masa terdekat ini. PlayStation Now kini memberi pengguna untuk cubaan selam 7 hari.
Berikut merupakan cadangan spesikasi PC untuk PlayStation Now.
- Windows 7 (SP1), 8.1 atau 10
- 3.5 GHz Intel Core i3 atau 3.8 GHz AMD A10 ke atas
- 300 MB ke atas; 2 GB RAM ke atas
- Sound card; USB port
USB Wireless Adapter akan berharga RM 100. Ianya akan memastikan pengguna PC dapat mengunakan sepenuhnya fungsi Dualshock 4 seperti analog sticks, touch pad, light bar, motion sensor, vibration, dan stereo headset jack.