Semalam Sony telah memperkenalkan sebuah kamera mirrorless full-frame yang sangat kompak iaitu Sony A7C.
Tidak lama selepas itu, Sony Malaysia pula mula mengumumkan harga pasaran kamera berkenaan secara pra-tempahan.
Sony A7C boleh didapati dalam 2 pilihan harga pra-tempah iaitu RM8,399 untuk badan sahaja manakala RM9,899 untuk kit.
Bersama-sama dengan mana-mana pembelian, pembeli akan menerima 1 unit bateri percuma dan juga kad memori SD Tough bersaiz 64GB. Terdapat 2 pilihan warna yang boleh dipilih iaitu hitam atapun hitam/perak.
Pra-tempahan Sony A7C ini adalah bermula pada 15 September sehingga 15 Oktober. Penghantaran pula akan bermula pada bulan November.
Kelebihan Sony A7C adalah ia merupakan kamera mirrorless kategori full-frame yang sangat ringan dan kompak. Ia dilengkapi sensor CMOS 24.2MP, penstabilan 5 paksi dalam badan, dan juga kemampuan merakam 4K 30fps.
Sumber: Sony Malaysia