Minggu lalu, Google menyatakan akan mula menggesa pengguna untuk menetapkan Passkeys bagi akaun Google secara default. Kini, WhatsApp mengumumkan sokongan Passkeys untuk pengguna Android, sebagai alternatif pengesahan sedia ada.
{suggest}
Dengan ciri keselamatan baharu ini, ia membolehkan pengguna WhatsApp menggunakan pengesahan biometrik seperti imbasan cap jari, wajah atau PIN untuk mengesahkan dan mengakses akaun.
Sementara itu, tetapan Passkeys di WhatsApp akan disimpan secara automatik dalam Google Password Manager.
Perlu diingatkan, Passkeys untuk mengakses akaun WhatsApp adalah berlainan dengan ‘Chat Lock’ atau Kunci Perbualan, yang mana masih bergantung kepada pengesahan biometrik.
Android users can easily and securely log back in with passkeys 🔑 only your face, finger print, or pin unlocks your WhatsApp account pic.twitter.com/In3OaWKqhy
— WhatsApp (@WhatsApp) October 16, 2023
Buat masa ini, tidak dinyatakan bila sokongan Passkeys di WhatsApp akan tersedia untuk pengguna iPhone. Bagi pengguna Android, sama seperti ciri-ciri baharu yang lain, ia dijangka akan dilepaskan secara berperingkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Sumber: WhatsApp