Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

SNS Tawar Pembelian Komputer Riba Untuk Pelajar, Jimat Sehingga RM600

Posted on November 1, 2022

SNS Network Technology Berhad melancarkan tawaran peranti istimewa khususnya untuk pelajar. Ini adalah kerana pelajar kini semakin lama semakin ramai yang memerlukan akses fasiliti untuk pembelajaran atas talian mereka.

Peranti dalam tawaran ini berfungsi untuk pelajar menyelesaikan tugas mereka, mengambil peperiksaan atas talian dan pada masa yang sama membantu mengimbangi jadual mereka.

Peranti JOI merupakan solusi smart classroom yang membantu pelajar untuk belajar dalam keadaan yang fleksibel serta ideal. Ianya juga menaikkan kemahiran seperti komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritikal dan kreativiti.

Peranti ini juga bersesuaian dengan alat Microsoft Office yang akan mengembangkan lagi daya kreativiti dan kolaborasi yang penting sepanjang pembelajaran atas talian.

Tawaran yang disediakan mempunyai peranti HP yang berharga serendah RM599 dengan penjimatan sehingga RM400. Terdapat peranti Lenovo yang ditawarkan dengan harga RM1,249 dengan penjimatan sebanyak RM200.

Peranti moden ini sangat sesuai untuk pelajar yang aktif di sekolah oleh kerana cirinya yang nipis dan ringan serta perantinya yang fleksibel dan mampu berputar sehingga 360 darjah.

Selain itu juga, peranti ini dikuasai dengan pemprosesan Intel Core dan sistem Windows yang terkini. Terdapat juga peranti yang dilengkapi dengan JOI di mana harganya serendah RM599 dengan penjimatan sebanyak RM600.

Selain daripada tawaran ini, terdapat juga peranti premium seperti iPad, Macbook Air, Macbook Pro, dan Microsoft Surface. Model lain yang terlibat dalam tawaran ini adalah termasuk AVITA dan Huawei MatePad.

Sumber: Siaran Akhbar SNS

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress