Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
#SnapdragonKickUps malaysia

Snapdragon Cari Pemenang Untuk Bawa Tonton Perlawanan Manchester United

Posted on Mei 8, 2023Mei 8, 2023

Qualcomm melalui Snapdragon Kick Ups akan memilih salah seorang daripada komuniti Snapdragon (Insider) untuk dibawa tonton aksi pasukan Manchester United.

SnapdragonKickUps malaysia

Ia bermula sekarang sehinggalah 31 Mei 2023 dan pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2023.

Pemenang akan dibawa ke San Diego, California (penginapan dan penerbangan akan ditanggung oleh Snapdragon) dan mendapat 1 tiket perlawanan Manchester United menentang Wrexham A.F.C pada 25 Julai 2023 di Snapdragon Stadium.

Stadium Snapdragon

Malah, pemenang juga akan mendapat sebuah telefon yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy.

{suggest}

Anda juga mungkin sedar dalam dunia (setakat ini), siri telefon yang guna cip tersebut hanyalah Samsung Galaxy S23.

Cara sertai

  1. Ikuti Snapdragon Malaysia di Instagram.
  2. Rakam video timbang bola (cara terperinci ada di laman web SnapdragonKickUps.com).
  3. Muat naik ke Instagram, tag @Snapdragon_Malaysia dan seorang kawan anda serta masukkan #SnapdragonKickUps dan #Sweepstakes

https://www.instagram.com/p/Crt9yrABIdP/

Snapdragon juga mengingatkan bahawa ini bukanlah pertandingan, jadi semua peserta dengan mana-mana tahap kemahiran digalakkan untuk turut serta.

Untuk terma, syarat dan maklumat lanjut, sila ke SnapdragonKickUps.com atau akaun Instagram rasmi Snapdragon Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar Snapdragon Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress