Hari ini merupakan hari pertama Mobile World Congress berlangsung dan beberapa pengumuman menarik dalam dunia teknologi telah disajikan.

Salah satu yang pastinya menarik perhatian peminat telefon pintar adalah kehadiran Snapdragon 888 Plus oleh Qualcomm. Kita sudah maklum sejak beberapa tahun yang lalu, Qualcomm sering memberi sedikit ‘naik taraf’ kepada cip andalan (flagship) sedia ada.

Apa yang ditambah pada versi Plus kali ini adalah frekuensi CPU yang ditingkatkan dari 2.84GHz kepada 2.995GHz. Peningkatan sekitar 5.2% dari Snapdragon 888.

Selain daripada itu, kemampuan kecerdasan pintar (AI) turut diperkemaskan lagi dimana ia ditingkatkan kepada 20%. Jika kecerdasan pintar pada Snapdragon 888 mampu melakukan operasi sebanyak 26 trilion sesaat (TOPS), versi baharu ini mampu menjalankan sehingga 32 TOPS.

ASUS, HONOR, Vivo dan Xiaomi adalah antara nama pengeluar yang disebut sedang membangunkan peranti yang dikuasakan dengan cip terbaharu ini. Dijangkakan telefon-telefon pintar tersebut akan diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini, iaitu antara Julai sehingga September depan.

Sumber: