Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Snapdragon 8 Gen 2 Mungkin Diperkenal Lebih Awal

Posted on Julai 20, 2022Julai 20, 2022

Cip Snapdragon 8 Gen 2 dipercayai akan dirasmikan dalamĀ Snapdragon Summit pada November ini.

Qualcomm telah memuktamadkan tarikh 15-17 November 2022 untuk acara itu yang bertempat di Hawaii.

Syarikat itu tidak mendedahkan apakah cip generasi baharu itu akan dilancarkan, namun kebiasaannya acara di Hawaii oleh Qualcomm akan melibatkan pengenalannya.

Tahun-tahun sebelum ini, cip andalan terbaharu Snapdragon akan diperkenal pada Disember tetapi kali ini mungkin sedikit lebih awal.

Pastinya ramai yang menanti apakah peranti-peranti terawal yang akan menggunakannya kelak.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress