Snapdragon 8 Gen 2 dilaporkan hadir dalam acara The Qualcomm 2022 Snapdragon Summit bermula 16 – 18 November nanti. Manakala, MediaTek akan melancarkan Dimensity 9200 pada hari Selasa, 8 November ini.
Blogger terkemuka, Digital Chat Station telah berkongsikan spesifikasi kedua-dua cip tersebut.
Snapdragon 8 Gen 2 ( Nama Kod: SM8550)
-
TSMC 4nm, 1 x 3.19GHz X3 + 2 x 2.8GHz A715 + 2 x 2.8GHz A710 + 3 x 2.0GHz A510, Adreno 740.
Dimensity 9200 ( Nama Kod: MTK DX2)
-
TSMC 4nm, 1 x 3.05GHz X3 + 3 x 2.85GHz A715 + 4 x 2.0GHz A510, Immortalis-G715 MC11
Secara amnya, kedua-dua cip tersebut akan menggunakan nod pemprosesan 4nm TSMC. Jadi kita boleh jangkakan peningkatan dari segi prestasi dan kecekapan penggunaan kuasa.
{suggest}
Selain itu, ice universe juga menyatakan Snapdragon 8 Gen 2 menawarkan peningkatan dalam prestasi CPU sekitar 10%. Dan kecekapan penggunaan tenaga CPU juga meningkat sebanyak 15% berbanding pendahulunya Snapdragon 8+ Gen 1.
Sumber: Gizchina
Gambar utama: Gizchina