Pada satu ketika dahulu, terdapat telefon bernama Nexus yang mana Google bekerjasama dengan jenama telefon bagi menghasilkan sebuah peranti yang baik.

Kini, Qualcomm turut berbuat perkara sedemikian dengan bekerjasama bersama ASUS untuk menghasilkan sebuah telefon pintar yang diberi nama “Smartphone for Snapdragon Insiders”.

Buat makluman, Snapdragon Insiders adalah sebuah komuniti peminat ibarat Microsoft Windows Insider dimana sebuah forum dalam talian yang bakal mengetahui berita tentang Qualcomm lebih awal.

Telefon pintar ini hadir dengan Snapdragon 888 bersama padanan memori 16GB LPDDR5 RAM dan 512GB storan dalaman. Ia turut menjalankan sistem operasi Android 11 yang mungkin hampir Android asli.

Di dalam turut dibekalkan bateri 4000mAh yang disokong pengecasan Qualcomm Quick Charge 5.0 yang mana boleh dicas penuh dalam masa 50 minit.

Dari segi luaran, peranti ini dilengkapi skrin 6.78 inci Samsung AMOLED dengan resolusi 2448×1080 dan sokongan kadar segar semula 144Hz serta dilindungi GorillaGlass Victus.

Terdapat tiga tetapan kamera belakang dimana 64MP utama, 12MP ultra lebar dan 8MP telefoto. Sementara kamera hadapan pula 24MP.

Tidak ketinggalan, telefon ini menjadi pertama yang menyokong Snapdragon Sound dimana menampilkan latensi Bluetooth rendah, profil mendengar, ANC dan Hi-Res audio sehingga 24-bit 96KHz.

Menarik lagi tentang audio, ia juga didatangkan fon telinga tanpa wayar ANC bersama bekas simpanan bersamanya.

Secara keseluruhan, telefon ini sememangnya mirip seperti ASUS ROG Phone 5 yang mempunyai modul kamera ZenFone 8 Flip dan logo Snapdragon di belakang.

Smartphone for Snapdragon Insiders akan rasmi dijual oleh ASUS bermula sekitar Ogos ini di beberapa negara terlebih dahulu termasuk China, AS, Jerman, UK, Jepun, Korea Selatan dan mungkin India pada tanda harga premium USD1499 (~RM6283).

Baca juga – ‘Gamers’ Memilih Cip Intel Berbanding AMD – STEAM

Baca juga – Prestasi Snapdragon 895 Didakwa Masih Belum Kalahkan Apple A14 Bionic

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD