Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan kepada orang ramai bahawa pihak mereka kini sedang menjalankan soal selidik mengenai penambahbaikan terhadap Kod Amalan Am Pengguna untuk industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Soal selidik itu merangkumi 3 perkara iaitu pengebilan perkhidmatan, kepentingan untuk mendapatkan persetujuan secara jelas dan cadangan klausa “Force Majeure”.

Sebanyak 6 soalan ditanya dalam soal selidik itu antaranya adalah seperti “Apakah pendapat anda mengenai¬†tahap kepuasan pengendalian aduan oleh pemberi perkhidmatan anda?” serta soalan berbentuk situasi.

SKMM menyatakan, pemilihan responden adalah berdasarkan 2 kriteria iaitu:-

  1. Responden yang dipilih adalah merupakan pengguna Portal Aduan MCMC dan;
  2. Jemputan melalui hebahan secara terbuka kepada pengguna laman sosial Twitter¬†dan Facebook rasmi MCMC melalui pautan berikut: –https://twitter.com/McmcReact dan https://www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia.

SKMM menjelaskan, soal selidik yang dijalankan itu tidak melibatkan kutipan data peribadi seperti nama penuh atau maklumat bank serta tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan.

Soal selidik tersebut akan dilaksanakan mulai dari 21 Jun 2021 sehingga 21 Julai 2021. Penyertaan soal selidik adalah secara sukarela yang boleh dicapai melalui pautan https://survey.skmm.gov.my/efm/se/6D5CBBB62839FA71.

Sumber: SKMM